Total Pageviews

Welcome to my blog ^_^

Assalamua'laikum...
I hope you guys will enjoy it... Any ideas & oppinions, I hope you can share it with me...

Saturday, November 19, 2011

Sumpah yang telah aku laungkan...

Sumpah yang telah ku laungkan,
Aku genggam dengan erat,
Biar apa yang datang,
Tidak akan aku goyang,
Aku bersumpah,
Akan menjaga keselamatan dan maruah keluargaku,
Biar hati yang menjadi saksi,
Biar jasad yang menjadi saksi,
Biar darah yang mengalir menjadi saksi,
Jika ada yang berani menggoncang akan sumpahku ini,
Maka bersiap sedialah untuk berhadapan dengannku,
Sumpah yang ku laungkan ini bukan mainan,
Sumpah yang akan aku genggam dengan erat sampai akhir hayatku,
Selagi hayat dikandung badan,
Selagi jasad mampu bertahan,
Selagi tenaga bergelora dalam diri ini,
Aku bersumpah akan menjaga keselamatan dan maruah keluargaku,
Biar jasad yang binasa,
Biar darah yang mengalir,
Biar keringat yang mencurah,
Aku akan tetap dengan pendirian dan sumpahku...

Ditulis oleh,
Muhamad Azrul Bin Zainuddin

Sunday, April 17, 2011

Fahamilah teguran yg hendak disampaikan wahai adikku

Apabila Ibu dan abang memberi teguran,
Janganlah membantah dan memberontak,
Teguran yang diberikan bukan sengaja diada-adakan,
Teguran yang diberikan bertujuan untuk
Mengingatkan kamu,
Menasihati kamu,
Mendidik kamu,
Membimbing kamu,
Supaya kamu berada pada landasan yang betul,
Fahamilah teguran yang diberikan itu,
Fahamilah bagaimana situasi keluarga kita sekarang,
Ibu bersusah-payah memerah keringat untuk memastikan kita semua hidup senang,
Mengertilah pengorbanan yang telah Ibu lakukan,
Tidak terkira betapa besarnya pengorbanan Ibu kepada kita,
Jadi,
Belajarlah untuk memahami setiap teguran yang diberikan,
Belajarlah untuk berfikiran matang,
Ingatlah wahai adikku,
Sampai satu masa nanti,
Kamu akan melangkah dengan lebih jauh lagi,
Di mana kamu akan pergi meninggalkan keluarga untuk meneruskan pengajian atau bekerja,
Kita perlu berpijak di atas kaki kita sendiri tanpa mengharapkan pertolongan orang lain,
Di masa itu nanti kita akan berdikari untuk meneruskan hidup.

Teguran yang diberikan lahir daripada perasaan kasih sayang kami.
Mengertilah wahai adikku.

Written by,
Muhamad Azrul

Monday, April 11, 2011

Apabila Ingin Berubah

Mengapa aku dipandang rendah?
Hinakah aku?
Mengapa aku diperlakukan seperti ini?
Sedangkan aku cuba untuk berubah,
Ku cuba sedaya-upaya untuk berubah,
Ku curahkan segala-galanya untuk berubah,
Ku redah segala dugaan dan rintangan demi melakukan perubahan,
Ku kuatkan semangatku demi melakukan perubahan,
Ku lakukan demi melakukan perubahan terhadap diriku,
Tetapi,
Mengapa aku dihina?
Mengapa aku dicaci?
Mengapa aku sering cuba dijatuhkan?
Apakah dosaku?
Tidak layakkah aku untuk berubah?
Mengapa ini semua berlaku?
Sedangkan,
Aku memang benar-benar hendak berubah,
Berikanlah kepadaku peluang untuk melakukan perubahan,
Semua insan diberikan peluang untuk berubah,
Janganlah menghalangku apabila aku ingin berubah,
Apa yang aku lakukan adalah untuk kebaikan diriku sendiri...

Kesimpulannya, apabila seseorang itu cuba untuk melakukan perubahan terhadap dirinya, janganlah kita mempersendakan orang itu atau cuba untuk menjatuhkannya. Sebaliknya, kita perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar supaya seseorang itu dapat mencapai niatnya yang mulia itu. Bukan mudah untuk seseorang itu melakukan perubahan terhadap dirinya. Hanya dengan azam yang bersungguh-sungguh serta niat dan nawaitu yang betul, Insyaallah seseorang itu dapat melakukan perubahan terhadap dirinya.

Written by,
Muhamad Azrul

Thursday, April 7, 2011

Orang Yang ‘Fit’ Pandai Jaga Tidur


Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan yang sama penting bagi menentukan keberkesanan usaha kita dalam membaiki tahap kesihatan, bentuk badan dan kecergasan. Antara yang paling popular ialah bersenam dan mengamalkan diet. Walaupun kedua-dua faktor tersebut tidak dinafikan amat penting untuk mencapai target fitness kita, namun tahukah terdapat faktor lain yang juga sama penting tetapi sering diabaikan oleh ramai orang walaupun ia tersangat mudah dilakukan. Faktor itu ialah tidur yang cukup!
Namun sering kali saya mendapati terlalu ramai orang yang tidak menjaga tidur mereka atas pelbagai alasan. Jika sebab urusan kecemasan, keluarga atau acara-acara tertentu sekali-sekala mungkin boleh dimaafkan, tetapi yang menjadi masalah adalah tabiat suka melepak lewat malam dikedai-kedai makan, walaupun dirumah ramai juga yang tidur lewat kerana asyik menonton tv, berbual ditelefon, atau melayari facebook, youtube dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti sebegini jika diamalkan sehingga lewat malam boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti tidur kita. Ramai pengamal perubatan yang berpendapat hanya dengan menjaga tidur sahaja, banyak penyakit kronik dapat dihindari dengan efektif.
Dari sudut fitness badan anda memerlukan tidur untuk proses membaik pulih pelbagai sistem badan dan pembinaan otot-otot. Ketika tidurlah badan anda tidak menggunakan tenaga. Tenaga yang merupakan sumber dalaman badan anda boleh digunakan untuk proses membaik pulih otot-otot anda akibat daripada kesan latihan senaman.
Anda mesti berehat secukupnya atau badan anda tidak mampu untuk pulih dan membina otot-otot anda. Anda akan menjejaskan proses tumbesaran anda dengan tidak meberikan masa yang secukupnya untuk otot-otot anda pulih dan terus membesar dengan cara yang betul.
Tidur yang cukup juga amat penting untuk meningkatkan konsentrasi anda disamping mengekalkan tahap tenaga yang tinggi. Kurangnya konsentrasi boleh menjejaskan keberkesanan senaman anda di gym. Anda mungkin bersemangat, tetapi dengan kurangnya tidur anda akan kekurangan tenaga untuk melakukan senaman.
Tidak banyak aktiviti yang badan anda boleh lakukan sepanjang hari dengan jumlah tidur yang tidak mencukupi. Ditambah lagi dengan urusan-urusan lain yang lebih penting dalam hidup anda maka senamanlah yang akan anda sering abaikan apabila badan anda sudah penat.
Tidur juga penting kerana ia membenarkan badan anda untuk mangawal kala penghasilan hormon badan anda. Hormon yang penting untuk proses metabolisma yang baik dan pembesaran otot-otot dihasilkan ketika anda sedang tidur. Pada masa yang sama tidur juga menghalang penghasilan hormon yang menyebabkan penambahan lemak dan kesan-kesan buruk yang lain.
Tidur yang tidak sekata juga menjejaskan usaha anda untuk mendapatkan tubuh badan yang anda impikan. Tidur 3 jam pada hari Isnin dan 11 jam pada hari Selasa tidak sama seperti tidur 7 jam setiap malam. Inilah jumlah tidur yang anda perlu dapatkan, sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.
Ingat tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan usaha senaman dan diet anda.

Biodata Kolumnis



Azlan Supian memperolehi ijazah Bsc (Applied Geology) (Honours) dari Curtin University Western Australia. Ketika masih belajar di Australia dan semasa berkhidmat sebagai ahli kajibumi beliau mula menanam minat dalam bidang kecergasan hinggalah beliau mula menjadi serius dalam bidang ini pada awal tahun 2009 dengan pembukaan pusat senamannya sendiri Revolution Gym & Fitness. Gym ini yang berpusat di Ampang KL, sejak ditubuhkan telah banyak membantu mengubah hidup ramai ahlinya untuk menjadi lebih cergas, sihat dan berkeyakinan tinggi disamping menghasilkan beberapa jaguh muda dalam sukan bina badan dan kecergasan diperingkat negeri dan kebangsaaan. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.revolutiongym.blogspot.com atau di lamanhttp://www.facebook.com/revogym.

Tuesday, March 29, 2011

Peperangan yang penting...

Hanya beberapa detik sahaja lagi...
Walaupun bagi sebilangan pejuang yang lain mengatakan ianya masih lambat,
Bagi diriku ia semakin hampir dan hampir...
Gentar, sungguh gentar dengan peperangan ini...
Dalam fikiranku ini,
Aku berfikir,
Sudah bersediakah aku?
Cukupkah segala persiapan yang telah aku lakukan?
Sudahkah aku siapkan segala kelengkapanku?
Bagaimana pula dengan kekuatan rohani dan fizikalku?
Tidak tenang hatiku apabila memikirkan hal ini...
Walaubagaimanapun, aku harus persiapkan diriku ini untuk menempuh peperangan ini...
Mudah-mudahan akanku kecapi kejayaan dalam peperangan yang sungguh bermakna ini...
Amin...

( Peperangan yang aku maksudkan itu ialah Final Exam ) hehehe :)

Friday, March 25, 2011

Jenis Cantik


Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.