Total Pageviews

Welcome to my blog ^_^

Assalamua'laikum...
I hope you guys will enjoy it... Any ideas & oppinions, I hope you can share it with me...

Saturday, February 5, 2011

Selamat Jalan Kawan-kawanku

Sewaktu musim cuti bermula,
Akulah yang paling gembira,
Aku tahu bahawa kalian semua akan pulang,
Kepulangan kalian membuatkan diriku merasa bahagia,
Aku tahu ada sahaja rancangan daripada kalian,
Kemana sahaja kita pergi,
Pasti akan ada gelak-ketawa,
Pasti akan ada kenangan-kenangan yang tercipta,
Tetapi,
Bila tiba masanya untuk kalian pulang,
Membuatkan diriku merasa sungguh sunyi,
Tiada lagi kedengaran gelak-ketawa daripada kalian,
Tiada lagi kenangan-kenangan yang tercipta diantara kita semua,
Tidak kusangka tali persaudaraan antara kita begitu erat,
Sehinggakan kita semua sudah seperti adik-beradik,
Aku amat berharap kita semua akan berjumpa lagi,
Selamat Jalan Wahai Kawan-kawanku,
Belajarlah dengan bersungguh-sungguh pabila kuliah bermula nanti.

Ditujukan pada rakan-rakanku ( BETA'S 2008-2009 ),


Written by
Muhamad Azrul

Tuesday, February 1, 2011

Hidup di dunia hanyalah sementara

Assalamua'laikum...
Kehidupan kita dunia ini hanyalah sementara. Dunia ini umpama tempat perhentian kita buat sementara waktu sambil mencari bekalan yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan kita. Mengapa saya berkata begitu? Kerana, dunia ini hanyalah sementara. Kehidupan kita yang seterusnya, iaitu kehidupan selepas mati ( akhirat ) adalah kekal selama-lamanya. Oleh itu, kita perlu mencari bekalan yang secukupnya supaya kehidupan kita di akhirat nanti akan lebih bahagia ( di syurga ). Janganlah kita melakukan perkara-perkara yang mungkar kerana akan binasalah diri kita nanti. Ini kerana, neraka sedia menanti kedatangan kita ( orang-orang yang melakukan perkara mungkar ) supaya mereka menerima balasan yang setimpal di atas perbuatan mereka sewaktu berada di dunia ini. Carilah bekalan yang secukupnya dengan melakukan setiap perkara yang disuruh oleh Allah SWT dan tinggalkanlah semua perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Kita hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Masih belum terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita. Ingatlah, antara salah satu sifat-sifat Allah ialah Maha Pengampun.

Yang buruk datangnya daripada saya, manakala yang baik datangnya daripada Allah SWT. Seandainya ada kesalahan atau tersalah percakapan daripada saya, harap ditegur.

Written by,
Muhamad Azrul