Total Pageviews

Welcome to my blog ^_^

Assalamua'laikum...
I hope you guys will enjoy it... Any ideas & oppinions, I hope you can share it with me...

Thursday, April 7, 2011

Orang Yang ‘Fit’ Pandai Jaga Tidur


Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan yang sama penting bagi menentukan keberkesanan usaha kita dalam membaiki tahap kesihatan, bentuk badan dan kecergasan. Antara yang paling popular ialah bersenam dan mengamalkan diet. Walaupun kedua-dua faktor tersebut tidak dinafikan amat penting untuk mencapai target fitness kita, namun tahukah terdapat faktor lain yang juga sama penting tetapi sering diabaikan oleh ramai orang walaupun ia tersangat mudah dilakukan. Faktor itu ialah tidur yang cukup!
Namun sering kali saya mendapati terlalu ramai orang yang tidak menjaga tidur mereka atas pelbagai alasan. Jika sebab urusan kecemasan, keluarga atau acara-acara tertentu sekali-sekala mungkin boleh dimaafkan, tetapi yang menjadi masalah adalah tabiat suka melepak lewat malam dikedai-kedai makan, walaupun dirumah ramai juga yang tidur lewat kerana asyik menonton tv, berbual ditelefon, atau melayari facebook, youtube dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti sebegini jika diamalkan sehingga lewat malam boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti tidur kita. Ramai pengamal perubatan yang berpendapat hanya dengan menjaga tidur sahaja, banyak penyakit kronik dapat dihindari dengan efektif.
Dari sudut fitness badan anda memerlukan tidur untuk proses membaik pulih pelbagai sistem badan dan pembinaan otot-otot. Ketika tidurlah badan anda tidak menggunakan tenaga. Tenaga yang merupakan sumber dalaman badan anda boleh digunakan untuk proses membaik pulih otot-otot anda akibat daripada kesan latihan senaman.
Anda mesti berehat secukupnya atau badan anda tidak mampu untuk pulih dan membina otot-otot anda. Anda akan menjejaskan proses tumbesaran anda dengan tidak meberikan masa yang secukupnya untuk otot-otot anda pulih dan terus membesar dengan cara yang betul.
Tidur yang cukup juga amat penting untuk meningkatkan konsentrasi anda disamping mengekalkan tahap tenaga yang tinggi. Kurangnya konsentrasi boleh menjejaskan keberkesanan senaman anda di gym. Anda mungkin bersemangat, tetapi dengan kurangnya tidur anda akan kekurangan tenaga untuk melakukan senaman.
Tidak banyak aktiviti yang badan anda boleh lakukan sepanjang hari dengan jumlah tidur yang tidak mencukupi. Ditambah lagi dengan urusan-urusan lain yang lebih penting dalam hidup anda maka senamanlah yang akan anda sering abaikan apabila badan anda sudah penat.
Tidur juga penting kerana ia membenarkan badan anda untuk mangawal kala penghasilan hormon badan anda. Hormon yang penting untuk proses metabolisma yang baik dan pembesaran otot-otot dihasilkan ketika anda sedang tidur. Pada masa yang sama tidur juga menghalang penghasilan hormon yang menyebabkan penambahan lemak dan kesan-kesan buruk yang lain.
Tidur yang tidak sekata juga menjejaskan usaha anda untuk mendapatkan tubuh badan yang anda impikan. Tidur 3 jam pada hari Isnin dan 11 jam pada hari Selasa tidak sama seperti tidur 7 jam setiap malam. Inilah jumlah tidur yang anda perlu dapatkan, sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.
Ingat tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan usaha senaman dan diet anda.

Biodata Kolumnis



Azlan Supian memperolehi ijazah Bsc (Applied Geology) (Honours) dari Curtin University Western Australia. Ketika masih belajar di Australia dan semasa berkhidmat sebagai ahli kajibumi beliau mula menanam minat dalam bidang kecergasan hinggalah beliau mula menjadi serius dalam bidang ini pada awal tahun 2009 dengan pembukaan pusat senamannya sendiri Revolution Gym & Fitness. Gym ini yang berpusat di Ampang KL, sejak ditubuhkan telah banyak membantu mengubah hidup ramai ahlinya untuk menjadi lebih cergas, sihat dan berkeyakinan tinggi disamping menghasilkan beberapa jaguh muda dalam sukan bina badan dan kecergasan diperingkat negeri dan kebangsaaan. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.revolutiongym.blogspot.com atau di lamanhttp://www.facebook.com/revogym.

1 comment:

  1. Bagus info yg aku dpt ni... Klu korang rajin, layari laman web www.iluvislam.com... banyk info yang korang bleh dpt kat ctu...

    ReplyDelete