Total Pageviews

Welcome to my blog ^_^

Assalamua'laikum...
I hope you guys will enjoy it... Any ideas & oppinions, I hope you can share it with me...

Tuesday, February 1, 2011

Hidup di dunia hanyalah sementara

Assalamua'laikum...
Kehidupan kita dunia ini hanyalah sementara. Dunia ini umpama tempat perhentian kita buat sementara waktu sambil mencari bekalan yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan kita. Mengapa saya berkata begitu? Kerana, dunia ini hanyalah sementara. Kehidupan kita yang seterusnya, iaitu kehidupan selepas mati ( akhirat ) adalah kekal selama-lamanya. Oleh itu, kita perlu mencari bekalan yang secukupnya supaya kehidupan kita di akhirat nanti akan lebih bahagia ( di syurga ). Janganlah kita melakukan perkara-perkara yang mungkar kerana akan binasalah diri kita nanti. Ini kerana, neraka sedia menanti kedatangan kita ( orang-orang yang melakukan perkara mungkar ) supaya mereka menerima balasan yang setimpal di atas perbuatan mereka sewaktu berada di dunia ini. Carilah bekalan yang secukupnya dengan melakukan setiap perkara yang disuruh oleh Allah SWT dan tinggalkanlah semua perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Kita hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Masih belum terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita. Ingatlah, antara salah satu sifat-sifat Allah ialah Maha Pengampun.

Yang buruk datangnya daripada saya, manakala yang baik datangnya daripada Allah SWT. Seandainya ada kesalahan atau tersalah percakapan daripada saya, harap ditegur.

Written by,
Muhamad Azrul

No comments:

Post a Comment