Total Pageviews

Welcome to my blog ^_^

Assalamua'laikum...
I hope you guys will enjoy it... Any ideas & oppinions, I hope you can share it with me...

Tuesday, January 25, 2011

Lelaki dan Wanita

Wahai wanita sekalian,
lihatlah setiap kejadian yg berlaku pada zaman ini,
buka minda kamu dan fikirlah setiap kejadian yg berlaku pada zaman ini,
Jagalah adab-adab dan perlakuan kamu,
Sememangnya ia akan menjaga diri kamu sewaktu kamu di dunia ini,
Janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang mungkar,
Pada zaman yang moden ini banyak kejadian buang bayi yang berlaku,
Mengapa ini semua berlaku?
Kerana iman yang lemah, 
tiada bimbingan agama, 
dan kurang mendapat perhatian daripada ahli keluarga,
Ingatlah,
setiap perkara yang dilakukan pasti akan ada balasannya,
Ingatlah,
mahkota kamu hanyalah untuk lelaki yang boleh membimbing dan mendidik kamu ( suamimu ).

Wahai lelaki sekalian,
Janganlah kita terlalu mengikut hawa nafsu semata-mata,
Berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkara yang mungkar,
Allah SWT sentiasa memerhati setiap perlakuan yang dilakukan oleh manusia,
Sememangnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui,
Ingatlah,
Jika kamu merosakkan para wanita ( yang bukan muhrim ),
Kamu akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan kamu itu,
Buka minda dan berfikir,
Sekiranya salah seorang ahli keluarga perempuanmu diperlakukan seperti itu,
Apakah perasaanmu?
Pasti kamu akan marah,
Jadi,
Berfikirlah dahulu sebelum kamu melakukan perkara yang mungkar itu,
Berpegang teguh dengan Al-Qur'an dan hadis,
Maka,
kamu tidak akan lari dari landasan yang betul

Written by,
Muhamad Azrul

No comments:

Post a Comment