Total Pageviews

Welcome to my blog ^_^

Assalamua'laikum...
I hope you guys will enjoy it... Any ideas & oppinions, I hope you can share it with me...

Tuesday, January 25, 2011

Mencari teman sejati ( sahabat )

Assalamua'laikum...
Saya ingin berkongsi tentang mencari teman sejati. Teman merupakan insan yang penting bagi kita selepas ahli keluarga kita. Namun begitu, kita haruslah mencari teman yang boleh membimbing kita ke jalan yang benar, bukan ke jalan yang gelap. Oleh itu, kita harus mengambil berat dalam mencari teman kita. Kita perlu ingat, seandainya kita melakukan kesilapan sewaktu memilih teman, maka hidup kita boleh musnah. Pada zaman ini, kita sudah boleh melihat banyak masalah yang sering dihadapi oleh para remaja. Mereka terlibat dengan jenayah, vandalisme, gangsterisme dan sebagainya. Buka minda dan mata kita. Allah SWT mengurniakan kita dengan akal fikiran supaya kita boleh berfikir dan membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Oleh itu, carilah teman yang boleh membimbing kita ke jalan yang benar. Bagaimana? Carilah teman yang mempunyai didikan agama yang kuat, boleh berkongsi masalah, boleh membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan, mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin, berakhlak mulia, berbudi bahasa, menghormati orang lain & lain-lain ( ciri-ciri yang baik la. yang x baik tu jangan la kita sebat gak ). Jika kita mempunyai teman yang sebegini, Insyaallah kita tidak akan tersasar dari landasan yang betul. Sudah pasti akhlak kita akan terjaga jika kita mempunyai teman yang sebegini. Jadi, renung-renungkanlah dan buka minda anda masing-masing.

Written by,
Muhamad Azrul

No comments:

Post a Comment